BARU......label dR Rozmey menerusi produk terbaru dRG

JITRA, 5 Mei – “Satu label satu fenomena.” Inilah yang cuba diketengahkan oleh pemilik label dR Rozmey iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) untuk seluruh rakyat 1 Malaysia.

Pelbagai pencetusan fenomena menerusi label yang dicipta oleh beliau menjadikan keterujaan masyarakat kini menggilai jenama keluarannya.

Menurut DDR, semenjak awal pencetusan fenomena dR Rozmey lagi keprihatinan menjadi konsep untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

“Tidak pernah sesekali pencetusan fenomena yang dilakukan adalah untuk kepentingan doktor dalam mengaut keuntungan semata tetapi adalah untuk kepentingan bersama-sama,” ujarnya.

Presiden dR Group (dRG) itu berkata lagi, terbukti kepentingan itu kini dapat dikongsikan dengan testimoni-testimoni yang berjaya hasil daripada produk kecantikan dan kesihatan formulasi beliau.

“Sudah jelas bahawa apa yang cuba doktor ketengahkan adalah untuk perolehan manfaat bersama supaya setiap diantara memperolehi kejayaan yang dingini kelak.

“Selain itu, strategi bisnes yang doktor cipta hari ini juga adalah untuk mengusahakan perniagaan doktor menerusi label dR Rozmey agar membuka mata dunia bahawa kita juga mampu bersaing diantara mereka.

“Jadi, inilah yang sedang doktor rangkakan terhadap label dR Rozmey untuk berada setaraf dengan jenama-jenama luar yang sudah lama menapak di pasaran dunia,” katanya.

Tambahnya lagi, fenomena yang beliau cetuskan kini sudah mula menapak di Indonesia dan beliau juga berhasrat untuk menembusi pasaran produk beliau di Brunei.