LARIS.....Doc-K antara tiga produk yang mendapat smabutan hangat daripada pengguna

JITRA, 5 Mei – “Ketiga-tiga produk kesihatan formulasi doktor mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui disini.

Beliau bersyukur kerana produk formulasinya iaitu Jus Mate 5 (JM5), dRII dan Doc-K mencatat jualan terlaris semenjak awal tahun ini.

Menurut Presiden dR Group (dRG), ketiga-tiga produk ini diberikan gelaran tiga serangkai kerana hasil jualannya berada ditahap yang sama dan juga sering mendapat permintaan tertinggi.

“Sebelum ini, hanya produk pelangsingan badan JM5 sahaja yang begitu mendapat sambutan menggalakkan tetapi kini rating kedudukan ketiga-tiga produk ini mencatat jualan yang begitu memberangsangkan,” ujarnya.

Beliau yang ditemui berkata lagi, formulasi hasil penyelidikan ramuan yang terkandung di dalam produk keluaran dRG dilihat menepati dengan penyakit-penyakit yang dihadapi masyarakat hari ini.

“Selain itu, impak positif daripada testimoni-testimoni juga merupakan faktor jualan produk keluaran dRG meningkat naik secara mendadak.

“Penemuan formulasi doktor yang banyak membantu masyarakat memberikan ianya dianggap sebagai penawar untuk merawat penyakit kronik yang semakin menular di negara kita.

“Walaubagaimanapun, khalayak umum tidak perlu risau ataupun bimbang dengan ramuan yang terkandung di dalam produk keluaran dRG kerana ianya halal serta selamat digunakan tanpa memberikan kesan buruk terhadap pengguna,” ujarnya lagi.