DDR..........kongsi informasi terkini bersama khalayak secara langsung di TV9

JITRA, 29 April – “Nantikan kemunculan doktor di slot yang popular iaitu Nasi Lemak Kopi O esok jam 8.30 pagi,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sebelum berangkat ke Kuala Lumpur tadi.

Beliau yang popular dengan kejayaan menerusi produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) dikatakan seorang yang kreatif pemikirannya dalam mempromosikan produk formulasi beliau.

Menurut DDR, beliau yang mengecapi kejayaan hari ini berbesar hati untuk berkongsi pelbagai informasi terkini mengenai rahsia kejayaannya secara langsung untuk tatapan khalayak umum di TV9.

“Doktor bersama-sama salah seorang pengedar dR Group Marziah Mamat serta anaknya Mohd Tasyriq yang merangkul kejayaan di dalam peperiksaan SPM sejak beberapa bulan lalu akan berkongsi dengan khalayak mengenai kejayaan kami bersama,” katanya.

Beliau berkata lagi, tiada kejayaan yang berganda datang bergolek sekiranya tidak disulami doa berserta usaha yang gigih.

“Inilah yang doktor uar-uarkan sebelum ini mngenai kejayaan yang doktor cipta adalah untuk kepentingan bersama dalam usaha mengubah nasib kehidupan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

“Tenyata segalanya terbukti menerusi formulasi produk yang doktor hasilkan ianya banyak membantu khalayak meraih kejayaan menuruti kehendak mereka.

“Kini ramai percaya bahawa kejayaan doktor membawa formulasi ajaib ini bakal membantu golongan yang tidak bernasib baik untuk kembali normal,” ujarnya.

Tambahnya lagi, bukan takbur yang terdetik tetapi beliau berbangga kerana hajatnya untuk membantu golongan bangsa sendiri terbukti dan ternyata impak positif hasil produknya kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia.