DDR......pasarkan produk terbaru

JITRA, 24 April – Pastinya ramai yang mengenali dR Rozmey kerana fenomena yang dicetuskan olehnya menerusi produk pelangsingan badan Jus mate 5 (JM5)  memberikan impak positif terhadap masyarakat hari ini.

Namun begitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dilihat belum lagi menemui kepuasan sebenar dengan kejayaan yang dikecapi dan ingin memperluaskan penjenamaan dR Rozmey di mata dunia.

Menurutnya setelah mengecapi kejayaan menerusi sentuhan beliau iaitu produk pelangsingan badan JM5 kini beliau memperluaskan bisnesnya di dalam empayar kecantikan dan kesihatan bagi membantu masyarakat terutamanya golongan wanita.

“Penghasilan produk kesihatan iaitu dR Premier yang bakal dipasaran nanti dilihat dapat memberikan kesan yang begitu mujarab kepada pengguna untuk mempertingkatkan kesihatan tubuh badan supaya terhindar dari penyakit yg tidak dingini,” katanya.

Beliau berkata lagi, penghasilan produk Slimming Suit pula adalah untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dan membentuk tubuh  tampil kelihatan menarik dan cantik seperti yang diidamkan oleh golongan wanita masa kini.

“Insyallah kedua-dua produk ini bakal dilancarkan pada tahun ini kerana kini doktor sedang giat menguruskannya dan diharapkam agar dipermudahkan segala-galanya.

“Jadi, doktor melihat penghasilan kedua-dua produk ini dilihat mampu memberikan impak positif terhadap penjenamaan dR Rozmey,” katanya yang juga Presiden dR Group (dRG).