DDR....jujur dalam meperkenalkan bisne syang diceburi

JITRA, 21 April – “Alhamdulillah syukur. Inilah rezeki yang Allah S.W.T turunkan kepada doktor,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemuramah hari ini.

Beliau yang dua hari lalu menghadiri sesi bual bicara di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersyukur kerana impak positif berlaku terhadap peningkatan jualan produk dR Group (dRG).

Menurutnya, secara jujur beliau mengatakan bahawa tujuan sebenar bisnes yang dijalankan menerusi produk yang beliau hasilkan adalah untuk membantu golongan yang menghadapi permasalahan seperti penyakit kronik.

“Pelbagai produk kesihatan yang diformulasikan oleh doktor sendiri dilihat menepati citarasa pengguna dan memberikan hasil yang mujarab kepada penghidap penyakit kronik,” katanya.

Beliau berkata lagi, penemuan penawar ini adalah merupakan hasil penyelidikan beberapa tahun dahulu dan ianya sudah disahkan selamat serta halal di sisi agama.

“Kebanyakkan pengguna diluar masih mencari penawar untuk menyembuhkan segala penyakit yang mereka hadapi sehingga kini.

“Namun informasi jelas yang diterangkan oleh doktor pada siaran radio IKIM membuatkan pendengar dan pengguna yang mencari penawar untuk melegakan pelbagai penyakit menarik nafas lega.

“Jadi, impak positif yang ditunjukkan jelas sekali berlaku selepas program itu dan kini ramai pengguna yang menginginkan produk doktor,” ujarnya sebagai Presiden di dR Group (dRG).