JELAS.....panduan ditunjukkan adalah untuk mengelakkan pembelian produk tiruan

JITRA, 20 April – “Lebih eksklusif, terbaik dan berkualiti,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika melancarkan pembungkusan terbaru produk dRII hari ini.

Pengguna yang lama mahupun baru boleh mendapatkan produk dRII dengan pembungkusan yang baru mulai hari ini di Syarikat dR Group (dRG).

Menurut Presidennya, pembungkusan terbaru adalah bertujuan untuk menambahbaikan kualiti produk keluaran dRG terutamanya produk kesihatan dRII yang mendapat permintaan tinggi setakat ini.

“Produk dRII merupakan produk yang diformulasikan bertujuan untuk merawat penyakit kronik seperti penyakit kulit yang semakin menular hari ini.

“Selain itu, produk dRII juga memberikan kelegaan terhadap masalah parut lama serta menghilangkan jerawat dan jeragat di muka,” katanya.

Tambahnya lagi, akibat daripada permintaan tinggi dR Group  seharusnya mempertingkatkan tahap kualiti barangan dihasilkan berada ditahap yang selamat supaya tidak memberikan kesan yang buruk terhadap pengguna.

“Oleh itu, demi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang memudaratkan doktor mengambil inisiatif  untuk melakukan sesuatu yang membolehkan segala permasalahan dapat ditangkis.

“Jadi, inilah yang doktor persembahkan kepada pengguna mengenai pembungkusan terbaru produk doktor supaya pengguna tidak lagi terkeliru dengan produk tiruan yang semakin berleluasa kini.

“Pembungkusan ini juga bertujuan untuk mengelakkan produk keluaran dR Group agar tidak ditiru oleh lanun cetak rompak yang mengambil kesempatan terhadap populariti produk yang menjadi kegilaan pengguna hari ini,” katanya lagi.