Packaging terbaru produk Jus Mate 5 dan produ dRII

JITRA, 18 April – “Dapatkan packaging terbaru produk Jus Mate 5 (JM5) dan dRII bermula hari ini,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) merasmikan packaging terbaru produk keluarannya itu disini.

Kedua-dua produk itu diperbaharui dengan pengubahsuaian pembungkusannya supaya menjadikan ianya lebih menarik dari sebelumnya.

Menurut Presiden dR Group itu, pembungkusan yang terbaru ini juga bertujuan untuk penambahbaikan kualiti terhadap kedua produk tersebut.

“Keutamaan diberikan kepada kedua produk ini adalah kerana ramai pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap kemujaraban formulasi doktor.

“Permintaan kedua produk kesihatan ini daripada pelanggan setiap bulan sudah sememangnya tinggi dan disebabkan inilah lanun cetak rompak merebut peluang untuk memasarkan produk tiruan mereka,” katanya.

Beliau berkata lagi, gejala sebegini seharusnya dibanteras agar mereka yang tidak bertanggungjawab itu dibawa ke muka keadilan yang bukan sahaja mengambil keuntungan semata-mata tetapi mengakibatkan masyarakat mendapat penyakit sampingan.

“Jadi, kaedah pembungkusan terbaru terhadap produk yang menjadi kegilaan masyarakat dipertingkatkan kualitinya dalam usaha melenyapkan lanun produk tiruan.

“Selain itu, demi mengelakkan pelanggan dR Group yang dihormati supaya tidak terjebak dengan produk tiruan pelanggan boleh melayari laman sesawang www.herbaprima,com untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum membelinya,” ujarnya ketika ditemui tadi.