DDR.....formulasi Doc-K menepati citarasa warga emas masa kini

JITRA, 14 April – Kebanyakkan sakit sendi adalah akibat kerosakan sendi dan juga keradangan sendi termasuk kemusnahan rawan sendi serta kecederaan urat, ligament dan tendon.

Kerosakan rawan sendi dan ketumbuhan tulang sendi yang baru menyebabkan gerakan sendi menjadi sukar dan sakit yang berpunca daripada kecederaan fizikal seperti kenaikan berat badan, kecederaan semasa bersukan dan gout.

Menurut Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) formulasi hebat  Doc-K adalah penawar bagi golongan masyarakat yang menghadapi masalah sakit sendi di Malaysia untuk menghilangkan penderitaan  yang dihadapi oleh mereka sekaligus membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan mereka.

“Formulasi yang telah dihasilkan di dalam Doc-K mengandungi ramuan seperti Marine Collagen untuk mempercepatkan pembentukan dan membaiki rawan sendi yang rosak,” katanya.

Presiden dR Group itu berkata lagi, vitamin C yang juga terkandung di dalam ramuan itu adalah bertujuan membantu memulihkan rawan sendi yang rosak.

“Selain itu, ianya juga mempercepatkan kesan tindak balas celery serta collagen dalam pembentukan rawan sendi, manakala serbuk halia pula berfungsi membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan setempat.

“Jadi dengan keajaiban kandungan Doc-K mereka dapat melakukan aktiviti yang dirancang dan tahap kesihatan mereka akan meningkat,” ujarnya lagi ketika sesi temubual bersama beliau.