DDR....doa dan usaha faktor kejayaan yang dimiliki beliau

JITRA, 13 April – “Doa dan usaha. Inilah yang akan menjana kejayaan yang diingini oleh kita sebagai manusia,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Beliau menjadikan doa dan usaha sebagai pendampingnya demi mencipta pelbagai kejayaan menerusi pelan bisnes yang beliau cipta.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu, doa bersertakan usaha yang berganda merupakan kunci untuk membuka pelbagai kejayaan seperti yang dinginkan oleh diri sendiri.

“Kejayaan menerusi bisnes yang dikecapi oleh doktor kini adalah berkat daripada doa dan usaha yang doktor lakukan selepas mengerjakan solat lima waktu,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, setiap manusia diturunkan rezeki keatas mereka yang hidup dimuka bumi ini demi meneruskan kehidupan seharian.

“Rezeki adalah pemberian Allah S.W.T samada ianya banyak mahupun sedikit semuanya terpulang kepada seseorang manusia itu melalui usaha.

“Jika usaha yang dilakukan berganda maka rezeki yang Allah kurniakan adalah melimpah ruah dan jika usaha yang dilakukan itu hanya sedikit maka rezeki yang dikurniakan setimpal dengan usaha yang mereka lakukan.

“Selain itu, seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan persamaan doa dan usaha adalah berkait rapat demi menjana kejayaan serta mensyukuri kenikmatan kurniaan Allah sebagai pinjaman,” katanya lagi.