DDR.......produk keluaran beliau membantu khalayak menangani masalah kesihatan

JITRA, 12 April – Pelbagai kempen yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dalam mempertingkatkan kesihatan diri mereka.

Namun segala kempen yang dilakukan tidak diendahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi menghindarkan mereka dari pelbagai penyakit kronik yang mengakibatkan kematian.

Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, disarankan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kesihatan diri adalah perkara penting di dalam kehidupan dan perlu dititik beratkan.

“Sikap sambil lewa masyarakat terhadap kesihatan diri adalah disebabkan oleh masalah individu yang terlampau mengejar kekayaan tanpa memikirkan tentang kesihatan tubuh badan mereka.

“Selain itu, ianya berpunca daripada masalah rutin pemakanan seharian yang sukar dikawal menyebabkan kesihatan diri terganggu dan mudah terdedah kepada penyakit.

Beliau berkata lagi, pengawalan pemakanan merupakan faktor penting dalam meningkatkan kesihatan diri supaya tampil dengan lebih cergas dan bertenaga,” ujarnya ketika ditemui.

“Disamping itu, masalah hidup dalam kemiskinan juga mewujudkan kelekaan terhadap individu itu dalam mengejar cita-cita mereka menjadi punca kesihatan diabaikan.

“Sehubungan itu, amalan gaya hidup sihat iaitu senaman fizikal perlu dilakukan bagi mempertingkatkan kesihatan diri,” katanya lagi.