Belia merupakan aset yang bernilai untuk negara

GOLONGAN belia hari ini menjadi perhatian kerajaan Malaysia kerana mereka merupakan generasi akan datang yang bakal mengambil alih negara kelak.

Namun sedikit mengecewakan mengenai kehidupan mereka kini terjebak dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi pada era serba canggih ini.

Hal ini berlaku adalah kerana golongan belia yang dianggap sebagai pelapis untuk memimpin negara terdedah dengan budaya barat yang semakin hari menular di negara in tanpa batasannya sekaligus menjadi ikutan kehidupan seharian mereka.

Jadi bertindak sebagai masyarakat yang prihatin terhadap belia hari ini kita sepatutnya memberikan penekanan yang mantap terhadap budaya kita yang semakin pupus dimamah dek arus pembangunan dan memupuk sifat murni supaya gejala buruk sebegini dapat dielakkan.

Bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya iaitu kita seharusnya menitik beratkan sejak awal kelahiran sebelum meningkat remaja mengenai corak kehidupan yang positif.

Sekiranya ajaran dan didikan berlandaskan ajaran Islam diberi secukupnya permasalahan sebegini sedikit sebanyak mengurangkan kadar golongan belia yang terlibat dengan budaya pnegatif itu.

Maka disitulah lahirnya generasi yang mempunyai pengetahuan yang tinggi memikul tanggungjawab mereka untuk megara pada masa akan datang.

Oleh itu, harapan yang begitu tinggi diletakkan kepada masyarakat agar sifat tuding menuding jari diantara satu sama lain berlaku tetapi sebaliknya kita bersepakat agar berjaya membanteras gejala buruk ini dengan sebaiknya.