Doc-K........rawatan untuk sendi dan Gout

JITRA, 10 April – “Kembalikan kesihatan rawan sendiri dengan bantuan produk kesihatan Doc-K,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Produk kesihatan Doc-K formulasi beliau yang menjadi pujaan golongan warga emas di seluruh Malaysia dikatakan mampu merawat masalah rawan sendi dan masalah Gout.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu, produk Doc-K adalah penemuan baru dalam penjagaan dan perawatan sakit sendi dan urat yang bertindak dengan dua cara iaitu menghilangkan kesakitan serta  membaiki rawan sendi yang rosak.

“Ramuan terpilih yang terkandung di dalam formulasi produk ini memberikan keajaiban terhadap pengguna untuk menangani permalasahan yang berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, sudah ramai pengguna yang merasai kehebatan produk ini kerana memberikan kelegaan yang cepat berbanding produk-produk lain.

“Dengan pengambilan produk Doc-K yang berterusan selama empat hingga enam bulan pesakit tidak akan mengalami kesakitan lagi dan pergerakan sendi akan menjadi lebih lancar berbanding sebelumnya.

“Selain itu, pengguna juga tidak perlu risau mengenai kesan sampingan produk ini kerana ianya adalah selamat dan berkesan dan sekiranya pengguna menginginkan produk kesihatan ini layari www.herbaprima.com ataupun mendapatkan secara terus dari dR Group supaya ianya lebih terjamin,” katanya lagi.