Adakah dunia semakin menghampiri kiamat?

TINTA DDR semakin hari semakin ‘confuse’ dengan peedaran era globalisasi yang semakin meningkat maju hari ini sehingga tidak berapa kenal samada pertandingan yang berlangsung itu “Miss atau Mr Universe 2010.”

Kecoh diruangan internet dan laman sosial facebook mengenai isu pertandingan ratu cantik yang berlangsung di Pahang baru-baru ini.

Melibatkan bapok-bapok atau nyah seluruh Malaysia berhimpun melakukan pertandingan yang dilangsungkan dengan penuh gilang gemilang.

Golongan rakyat 1 Malaysia kini begitu terkilan dan marah terhadap pertandingan yang dianjurkan ini kerana pertandingan itu seolah-olah mendorong dan menyokong mereka untuk kekal sebagai ‘nyah’.

Disamping itu, pertandingan sebegini  juga boleh mengakibatkan generasi-generasi akan datang terjebak dengan gejala-gejala yang begitu menjijikkan itu.

Menjadi persoalan seluruh rakyat Malaysia adalah siapa yang meluluskan agar pertandingan sebegini dilangsungkan dengan begitu meriah sekali? Dan untuk apa pertandingan yang dianjurkan itu dilangsungkan?

Pelbagai persoalan yang menyelinap masuk ke kotak pemikiran masyarakat seluruh pelusuk negara ini mengetahui tujuan sebenar program sebegitu dianjurkan.

Jadi, berkesempatan ini tinta DDR memohon agar tidak lagi berlaku perkara sebegini pada masa akan datang dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab tampil memberikan keterangan sekaligus merungkai persolan yang menimbulkan kekusutan terhadap golongan bangsa 1 Malaysia terutamanya yang beragama Islam.