Marziah bersama Mohd Tasyriq yang memperoleh 11A di dalam keputusan peperiksaan SPM 2010

JITRA, 7 April – “Sejak kisah anak saya Mohd Tasyriq dilaporkan di akhbar tidak menang tangan saya menerima panggilan daripada pelanggan untuk menempah produk dR101,” ujar seorang pengedar aktif dR Group (dRG) ketika dihubungi.

Marziah Mamat, 39, berkata, kebanyakakn panggilan dibuat oleh golongan ibu yang ingin berkongsi sendiri mengenai pengalaman hasil kejayaan anaknya.

“Mereka inginkan petua yang digunakan anak lelaki saya sehingga berjaya memperoleh  keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010,” katanya.

Marziah berkata lagi, kadang-kadang dia terpaksa menghadkan panggilan setiap hari walaupun ada pengguna yang sanggup menghubunginya dari Sabah dan Sarawak untuk mengetahui rahsia kejayaan anaknya itu.

“Inilah penangan produk kesihatan dR101 yang diformulasikan oleh Datuk Dr Che Rozmey daripada herba untuk mengatasi masalah kurangnya daya ingatan, pelupa, otak lesu dan tidak fokus kepada pelajaran.

“Pengamalan produk dR101 itu memberikan semangat baru terhadap anak saya untuk lebih berusaha mencapai kejayaan di dalam pelajaran.

“Produk yang berkualiti tinggi dan ajaib itu juga mengatasi masalah yang dihidapi oleh anak saya sebelum melangkah ke alam peperiksaan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kandungan yang dirumuskan di dalam produk dR101 ternyata asli tanpa sebarang bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna serta kandungan vitamin dan herba memberikan keajaiban terhadap pengguna,” ujarnya lagi.

 

Advertisements