JM5......idaman setiap golongan obesiti

JITRA, 7 April –  Produk pelangsingan badan iaitu Jus Mate 5 (JM5) keluaran dR Group (dRG) kini semakin menular terhadap masyarakat di negara ini terutamanya terhadap golongan obesiti.

Keberkesanan produk JM5 ini terbukti kepada testimoni-testimoni yang menggunakannya memberikan impak yang besar dan sekaligus menjadi pengedar yang berjaya selain memiliki tubuh yang kelihatan menarik dan cantik.

Menurut Presidennya Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kebanyakan pengedar-pengedar produk JM5 yang telah berjaya  dengan hasil penjualan produk ini meraih pendapatan lima angka.

“Jadi berkonsepkan dengan menggunakan testimoni sebagai bukti pengedar akan berjaya mendapatkan kepercayaan dari pengguna-pengguna baru untuk membeli JM5 sekaligus mengaut keuntungan yang lumayan secara sambilan,” katanya.

Beliau berkata lagi, pengedar juga tidak perlu bersusah payah untuk menerangkan tentang keberkesanan produk JM5 ini tetapi hanya perlu membawa diri mereka sahaja untuk dijadikan contoh kepada pengguna baru yang ingin menangani masalah obesiti ataupun kegemukan.

“Produk yang dikatakan sebagai satu formulasi ajaib ini semakin meningkat popularitinya disebabkan oleh hasilnya yang dianggap berbaloi tanpa penggunaan kos yang tinggi.

“Selain itu, ianya juga meyakinkan serta memberi nafas baru kepada pengguna untuk tampil dan berhadapan dengan masyarakat sekeliling,” tambahnya lagi.

Tambahnya lagi, beliau menasihatkan kepada pengguna-pengguna yang ingin mencuba dan membeli produk keluarannya untuk mendapatkan maklumat mengenai produk terlebih dahulu di www.herbaprima.com ataupun mendapatkannya secara terus di dR Group untuk mengelakkan daripada berlakunya penipuan.