Norlena bersama DDR ketika bertemu di dR Group

JITRA, 3 April – Niat untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diidamkan terbantut akibat tersalah membeli produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) tiruan.

Inilah yang berlaku terhadap salah seorang pengguna produk JM5 tiruan yang selera makannya tiba-tiba berubah dan perkara itu menimbulkan kerisauan terhadapnya.

Mangsa Norlena Ahmad Arof, tidak menyangka bahawa produk yang dibelinya itu adalah produk tiruan kerana pembungkusannya agak kelihatan sama dengan produk  asli.

“Saya membeli produk JM5 disebuah pasaraya besar yang berdekatan rumah saya yang berharga RM200 sekotak dan menggunakannya seperti saranan yang tertera pada kotak produk itu.

“Namun setelah menggunakannya selama beberapa hari berlaku perubahan yang sebaliknya kepada diri saya dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Norlena yang berasal dari Permatang Pauh itu berkata lagi, selera makannya secara mendadak bertambah selepas penggunaan produk JM5 tiruan itu.

“Disamping itu, saya juga mengalami cirit birit dan lemah seluruh badan setiap kali mengamalkan produk tiruan itu untuk menangani masalah obesiti yang dihadapi oleh saya.

“Ini merunsingkan pemikiran saya dan mulai ragu-ragu mengenai produk itu samada ianya benar-benar berkesan ataupun sebaliknya.

“Namun akhirnya saya bertekad untuk datang ke Jitra bertemu pengasasnya iaitu Datuk Dr Che Rozmey untuk maklumat mengenai produk yang telah saya gunakan ini,” ujarnya ketika ditemui disini.