Hujan merupakan rahmat untuk umat manusia

TIDAK mengira waktu malam, tengah hari mahupun petang di kau datang tanpa diduga menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya membawa rahmat atau bencana.

Musim yang dikatakan tidak menentu keadaan cuacanya melanda dunia hari ini membuatkan keadaan dunia sedikit kucar kacir.

Hujan yang turun diibaratkan seperti butiran mutiara dianggap seperti rahmat dan anugerah dari Allah Yang Esa terhadap umatnya.

Namun kehadirannya yang tidak menentu masa membuatkan persepsi itu diubah oleh sesetengah pihak bahawa kedatangan hujan merupakan satu bencana terhadap umat akhir zaman.

Kedua-dua ini dijadikan isu oleh masyarakat dan sifat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perubahan cuaca yang tidak menentu ini menjadi perbualan.

Seperti diketahui umum baru-baru ini dunia dikejutkan oleh kehadiran tsunami yang melanda Jepun dengan kehadiran ombak tsunami bandar Miyagi berkelihatan seperti padang jarak padang terkukur.

Tetapi yang menjadi persoalannya dimanakah mesin-mesin berteknologi canggih untuk mengenalpasti kehadiran  ombak yang telah dihasilkan oleh negara matahari terbit itu?

Inilah yang dikatakan sepintar mana manusia yang menghasilkan teknologi canggih itu kepintarannya tidak dapat menandingi kuasa Allah S.W.T kerana Dialah Maha Berkuasa lagi Bijaksana.

Berkemungkinan perubahan cuaca yang tidak menentu ini adalah merupakan satu ujian ataupun sebagai peringatan terhadap umatnya yang semakin alpa dengan arus pembangunan hari ini.

Kejadian-kejadian sebegini perlu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada seluruh umat manusia terutamanya yang beragama Islam bahawa Allah S.W.T tidak pernah lupa terhadap kamu dan janganlah sesekali kamu melupakannya.

Rahmat atau bencana kedua-duanya menjadi pilihan anda untuk menentukannya samada ianya untuk kebaikan mahupun keburukkan.

Jadi sudah tertulis kehadiran kamu di muka bumi Allah sebagai pinjaman ini adalah sebagai khalifah fikir-fikir dan renung-renungkanlah sebaiknya.