DDR....produk yang mendapat permintaan tinggi

JITRA, 27 Mac – Seluruh rakyat Malaysia sudahpun mengetahui keajaiban produk yang dihasilkan oleh dR. Rozmey yang tenyata ianya memberikan keberkesanan yang ketara tanpa mewujudkan sebarang risiko terhadap penggunanya.

Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, dRG kini terkenal dengan produk kesihatan yang telah memberikan kesan yang amat memberangsangkan iaitu Jus Mate 5 (JM5) dalam membantu pengguna yang mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesiti.

“Antara produk lain yang dianggap mujarab keluaran dRG selain daripada JM5 ialah seperti ESPRESSO XY yang membantu memulihkan masalah tenaga batin, Doc-K merawat sakit sendi, Gain-5 membantu penambahan berat badan, dR Silky memberikan bentuk tubuh badan yang ideal dan kulit yang cantik,” katanya.

Manakala dR Betes berfungsi untuk memulihkan penyakit kencing manis, dRQ10 merawat masalah lemah jantung dan stroke, dR8 merawat mata, dR101 membantu kecerdasan minda dan dRII untuk merawat kulit.

“Hanya ramuan yang terpilih iaitu berasaskan herba dan vitamin sahaja digunakan untuk menghasilkan kesemua produk dRG yang telah banyak membantu pengguna merawat pelbagai penyakit.

Jadi dengan cara penggunaannya yang memudahkan dan selamat untuk pengguna produk dRG adalah produk terbaik formuasi masa kini tanpa memberikan sebarang kesan sampingan,” ujarnya lagi.