Produk dRII mendapat sambutan yang menggalakkan

JITRA, 26 Mac  – “Formulasi produk dRII sememangnya bersesuaian dengan penyakit kulit yang semakin menular hari ini,” ujarnya Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui.

Penyakit kulit kronik yang popular kini dapat dirawat dengan menggunakan dRII iaitu produk kesihatan yang dihasilkan oleh dR Group (dRG).

Produk dRII merupakan satu formulasi ajaib di dalam dunia penjagaan kulit dan kesihatan masa kini serta ianya tulen bermutu tinggi dari mikro alga haematococcus pluvialis hidup bebas dikedalaman 5000 meter di bawah laut persisiran Pnatai Pulau Hawai.

Menurut Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) produk kesihatan dRII adalah hasil revolusi baru yang menggabungkan astaxanthin, hydrolysed, marine colagen, I-Iysine dan serbuk estrak acerola yang dapat membantu menangani masalah penyakit kulit.

“Produk dRII dihasilkan adalah bertujuan untuk membolehkan kulit terlindung daripada kecerderaaan dan membantu mencegah sel-sel daripada rosak,” katanya.

Beliau berkata lagi, pengguna yang mengalami masalah kulit yang kronik disarankan mengambil satu sachet dRII dan mengurangkan pengambilannya bergantung kepada kesan yang diperoleh.

“Sekiranya masalah kulit itu hilang pengguna boleh menghentikan pengambilan sachet tersebut tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang boleh memudaratkan diri mereka.

“Jadi, pengguna-pengguna tidak perlu risau kerana kandungan formulasi dRII adalah ramuan yang telah dipilih hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh doktor semenjak beberapa tahun lalu,” katanya lagi.