Isteri adalah dilantik sebagai pembantu kepada suami

PASANGAN suami isteri merupakan ketentuan Allah S.W.T yang dikatakan sebagai jodoh untuk menongkah arus kehidupan bersama-sama.

Pertemuan yang merupakan takdir Allah S.W.T terhadap seluruh pasangan suami isteri dimuka bumi ini adalah merupakan kunci kebahagiaan rumahtangga.

Dijadikan kaum hawa adalah dari rusuk adam sebagai pembantu untuk memimpin bersama-sama dalam memperjuangkan kebenaran berlandaskan hukum syarak.

Peristiwa yang dikeluarkan oleh pihak Harian Metro hari ini berkisarkan suami dibelasah isteri begitu mengecewakan kerana menyalahi ajaran yang dituntut dalam Islam.

Mangsa, seorang lelaki yang berusia lingkungan 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik teruk dibelasah isterinya.

Hanya kerana meminta menghidangkan makanan dan diurut badan yang sakit lelaki itu dibelasah teruk dan ditendang oleh isterinya yang tiba-tiba mengamuk.

Adegan yang berlaku hampir 30 minit itu berlaku dirumah mereka iaitu di Jalan Cempaka dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa tindakan tetapi hanya mampu memnutup kepala menggunakan kedua-dua tangannya serta merayu agar berhenti melakukan perbuatan itu.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku di dalam isu kekeluargaan rumahtangga dan sekiranya berlaku permasalahan yang begitu rumit segalanya perlulah melalui perbincangan.

Sedarkah anda wahai golongan hawa bahawa syurgamu itu dibawah telapak kaki suami samada ianya baik mahupun ianya sudah jelas menjadi hakmilik kamu.

Jadi, peristiwa sebegini seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran terhadapa kita bangsa 1 Malaysia dan melaksanakan tanggungjawab yang sudah dituliskan dengan seikhlas serta sejujurnya.