wajah baru produk JM5 yang bakal dikeluarkan oleh dR Group

JITRA, 23 Mac –  “Hapuskan lanun cetak rompak supaya tidak terjebak dengan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) tiruan.” Inilah nasihat Datuk Dr Che Rozmey (DDR) kepada pengguna yang ingin menggunakan produk JM5 ketika ditemui disini.

Menurut DDR, pengguna dinasihati supaya berwaspada dengan produk pelangsingan JM5 tiruan yang hanya menggunakan tepung dan susu bayi semata-mata.

“Produk pelangsingan JM5 tiruan boleh didapati dimana-mana sahaja dan ianya tidak langsung mendatangkan kesan seperti pengguna inginkan,” katanya.

Katanya lagi, cara pembungkusan produk tiruan itu berbeza daripada produk yang asal dan warna kandungan produk itu juga melihatkan perbezaan yang agak ketara.

“Jadi, kepada mana-mana pengedar HPM bersifat tidak jujur yang berkemungkinan menjual produk tiruan secara runcit tindakan tegas akan diambil dan hak penjualan produk akan ditarik oleh pihak dR Group (dRG).

“Pengguna-pengguna juga dinasihatkan supaya membeli produk pelangsingan ini secara terus dari dRG ataupun melalui pengedar sah dRG yang akan dihantar terus kepada pengguna.

“Selain itu, pengguna juga diharapkan jangan mudah tertipu dengan membeli produk dengan pengedar seperti di Giant, Tesco ataupun dimana-mana sahaja yang menawarkan harga murah

“Sekiranya mereka yang inginkan produk JM5 yang asli sila layari laman sesawang www.herbaprima.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tersebut sebelum mendapatkannya,” kata Presiden dR Group itu lagi.