dR Places tawar rangkaian pengiklanan

JITRA, 16 Mac – “Enjin carian dR Places yang diperkenalkan menerusi label dR Rozmey ini adalah bertujuan membantu golongan ahli perniagaan untuk memperluaskan empayar bisnes mereka,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Label dR Rozmey yang terkenal pada hari ini adalah terhasil daripada pencetusan fenomena yang dilancarkan beliau demi mengembangkan empayar bisnes yang beliau cipta.

Menurut DDR, impak besar menerusi fenomena dR Rozmey mendorong beliau untuk memperkenalkan sistem dR Places ini yang menyediakan ruangan bisnes untuk mereka yang ingin bergiat di dalam bisnes.

“Servis dR Places merupakan sistem yang mempunyai kelebihan dan keunikannya tersendiri berbanding sistem enjin carian yang lain,” katanya.

Beliau berkata lagi, sistem yang dilakukan secara online ini lebih menjimatkan masa, kos dan idea dalam usaha untuk memperkenalkan kepada khalayak mengenai produk yang telah dihasilkan.

“Bukan itu sahaja malahan enjin carian dR Places lebih sistematik dan berkesan kerana segalanya telah disediakan melalui proses pengurusan pengiklanan dR Places.

“Selain itu, pengiklanan dalam mempromosikan produk keluaran mereka lebih berkesan kerana label dR Rozmey yang kini menjadi kegilaan bangsa 1 Malaysia sudah meningkat naik popularitinya.

“Jadi, mudah, cepat dan berkesan dengan hanya perlu mendaftar sahaja anda yang ingin mencipta kejayaan melalui bisnes akan menjadi kenyataan dan sebarang maklumat lanjut anda perlulah melayari www.drplaces.com ,” ujarnya lagi.