Skuad Olimpik pamer aksi terbaik

SKUAD Olimpik yang berjuang kektika menentang Pakistan di Lahore semalam dilihat masih mempamerkan persembahan terbaik walaupun bertandang ke tempat lawan.

Momentum semangat berpasukan skuad bimbingan Kim Swee itu tidak pernah luntur walaupun tidak mendapat latihan secukupnya ketika berada di Lahore Pakistan.

Hal ini kerana negara itu sering berlaku pergolakkan dan akibat keadaan yang membimbangkan skuad Harimau Malaya hanya berlatih ditempat penginapan mereka.

Namun ianya sudah cukup untuk membuatkan pasukan lawan iaitu Pakistan untuk berputih mata ditempat  sendiri walaupun teikat dengan keputusan seri.

Kemenangan agregat 2-0 sudah memadai untuk skuad Harimau Malaya pulang dengan perasaan gembira dan semuanya berada di tahap yang terkawal.

Ini membuktikan bahawa peningkatan kemajuan terhadap bola sepak negara semakin meningkat naik selepas skuad kebangsaan memenangi Piala Suzuki AFF 2010 beberapa bulan lalu.

Kemenangan yang dianggap bersejarah itu amat bermakna kerana menyuntik semangat skuad olimpik berjuang demi mempertahankan nama Malaysia supaya gah berada setaraf antarabangsa.

Seharusnya pujian diberikan kepada skuad olimpik kerana menamatkan 90 minit masa perlawanan dengan keputusan yang menggembirakan rakyat 1 Malaysia dan diharapkan skuad olimpik memantapkan prestasi mereka untuk melangkah maju ke hadapan.

Advertisements