DDR.....perjuangkan bisnes yang dicipta

JITRA, 9 Mac  – “Sesiapa sahaja yang berusaha pasti akan memperoleh kejayaan yang dingini,” kata Presiden dR  Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut DDR, sebelum menikmati kejayaan yang bakal diperoleh sudah pasti ada kepahitannya kerana pelbagai cobaan dan dugaan harus ditempuhi.

“Bukannya mudah untuk mengubah minda seseorang untuk menarik minat mereka meceburi bidang perniagaan kerana ianya memerlukan banyak kesabaran dan perngorbanan.

“Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya, apa yang penting ialah kesabaran yang tinggi disamping memiliki kekuatan dari segi mental serta fizikal untuk terus bertahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata lagi, setiap kesilapan yang dilakukan adalah datang daripada diri sendiri dan bukannya perlu menyalahkan orang lain kerana sifat bertanggungjawab adalah asas untuk berjaya.

“Kesedaran dan usaha yang berganda perlu dilakukan untuk memperjuangkan bisnes yang telah dicipta untuk memperolehi ganjaran pada masa akan datang.

“Jadi, berbekal ilmu dan berkat kesabaran serta kesungguhan doktor, doktor berjaya menghasilkan kejayaan demi kejayaan dengan cara doktor sendiri dan menjadi ikon kepada masyarakat untuk meraka berjaya kelak seperti doktor,” katanya ketika ditemuramah.

Advertisements