DDR.......kejujuran dan keikhlasan aspek utama untuk memajukan perniagaan

JITRA, 8 Mac – Syarikat naungan jenama dR Rozmey kini yang menjadi kebanggaan penduduk Jitra dilihat semakin kukuh selepas popular dengan produk pelangsingan badan iaitu Jus Mate 5 (JM5).

Kejayaan yang dirangkul ini adalah hasil daripada usaha dengan sifat semulajadi dan teristimewa yang terdapat pada pemilik nama dR Rozmey itu sendiri iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang menghasilkan pelbagai fenomena dR Rozmey kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dR Group (dRG) Encik Rizdhwan Ahmad akibat daripada sifat-sifatnya yang ditunjukkan dalam menghasilkan pelbagai kejayaan beliau kini diteladani oleh seluruh warga dRG.

“Penerapan kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara menjadi pegangan utama warga dRG untuk meningkatkan prestasi kerja dan memajukan diri dalam aspek kerjaya,” katanya.

Beliau berkata lagi, DDR menanam visi untuk menjadi seorang billionaire yang disegani dan juga diteladani oleh masyarakat mengenai kejayaan yang dihasilkan.

“Oleh itu, perkara sebegini merupakan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan yang bukan sahaja untuk kepentingan syarikat malahan untuk mereka juga yang berada di bawah naungan dR Rozmey.

“Jadi, usaha yang dilakukan ini adalah untuk membina kejayaan selaras dengan konsep fenomena dR Rozmey yang dihasilkan untuk kepentingan bersama,” katanya lagi.