DDR......mencari rezeki halal menerusi produk ciptaan beliau

JITRA, 8 Mac – “Ini adalah rezeki yang halal seharusnya doktor akan mengusahakannya sebaik mungkin,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui tadi.

Usaha beliau mencari rezeki halal ini bukan hanya untuk kepentingan dirinya tetapi membantu masyarakat yang sering leka dan mengabaikan kesihatan tubuh badan mereka

Menurut beliau, usaha beliau menerusi  produk kesihatan yang terbaru keluaran dR Group (dRG) itu adalah bertujuan untuk dipersembahkan kepada khalayak umum demi meningkatkan taraf kesihatan mereka.

“Produk kesihatan dR Premier dan dR Slimming Suit yang direka khas menggunakan teknologi canggih masa kini itu akan dipasarkan selewat-lewatnya Mac ini.

“Kedua-dua produk ini dilihat bakal memberikan impak positif terhadap masyarakat kerana mampu memastikan kesihatan pengguna berkeadaan baik semasa menggunakannya,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, segala usaha yang dijalankan penuh bertanggungjawab ini membantu memperluaskan label dR Rozmey supaya lebih dikenali ramai.

“Oleh itu, melalui penjualan produk-produk label dR Rozmey ini akan menjadi kegilaan masyarakat kerana pelaburan yang dilakukan dianggap berbaloi sekaligus memastikan tahap kesihatan mereka terhindar daripada pelbagai penyakit yang berbahaya.

“Jadi, berkonsepkan keprihatinan doktor terhadap masyarakat doktor mencipta kesemua produk keluaran dR Group (dRG) untuk membantu khalayak di dalam dunia perniagaan,” katanya lagi.