DDR..........lebih bersemangat dalam mencipta kejayaan

JITRA, 7 Mac – “Doktor kini lebih bersemangat untuk mencipta pelbagai kejayaan demi mempertingkatkan usaha untuk bergelar billionaire,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Beliau yang baru sahaja tiba di Jitra dilihat mempunyai semangat baru untuk melakar sejarah di dalam dunia perniagaan selepas selesai mengerjakan umrah.

Menurut DDR, beliau lebih berkeyakinan untuk melakukan fenomena menerusi label dR ROzmey sekaligus memperluaskan empayar perniagaan untuk memberikan kepentingan bersama terhadap golongan bangsa 1 Malaysia.

“Sebelum berusaha untuk melakar kejayaan doktor mengabdikan diri kepada Allah S.W.T demi mempermudahkan pelbagai urusan supaya semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata lagi, pelbagai idea kreatif memenuhi kotak pemikiran fikirannya sepanjang beliau mengerjakan umrah yang ingin dikongsikan bersama.

“Jadi, kepulangan doktor untuk mencipta sejarah kejayaan akan doktor usahakan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran supaya menjadi ikon terhadap golongan bangsa 1 Malaysia.

“Oleh itu, kepada masyarakat yang ada doktor mengharapkan sokongan anda semua untuk terus bersama-sama doktor menghasilkan kejayaan baru yang dikagumi oleh negara luar kelak,” ujar Presiden dR Group (dRG) itu.