DDR......antara produk terbaru keluaran beliau

JITRA, 7 Mac – Riwayat hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa 90 peratus punca rezeki adalah daripada perniagaan kerana ianya memberikan hasil yang lumayan.

Jadi, jelaslah terbukti terhadap seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Datuk Dr Che Rozmey (DDR) yang telah mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan dan kini bergiat aktif untuk melebarkan sayap empayar perniagaannya.

Menurut Presiden dr Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) beliau begitu bersungguh-sungguh dalam menghasilkan fenomena yang melibatkan perniagaannya secara online seterusnya memastikan ianya berjaya.

“Kini seluruh rakyat Malaysia sudahpun bersama-sama doktor dalam fenomena tsunami dR Rozmey  berskala kecil mengenai produk kesihatan dan kecantikan keluaran dR Group (dRG).

Beliau berkata lagi, menyedari bahawa ianya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan beliau kini sedang bergiat aktif untuk memperluaskan empayar perniagaan dRG mengenai produk kesihatan yang terbaru iaitu dR Slimming Suit dan dR Premier .

“Tsunami berskala kecil ini menerusi label dR Rozmey menjalar di Malaysia selewat-lewatnya Mac 2011 menerusi pelan pemasaran yang doktor cipta.

“Bukan itu sahaja malahan doktor akan memperluaskan label dR Rozmey dengan membuka cawangan baru di Bandar Baru Bangi, Selangor dalam usaha memudahkan pelanggan untuk berkunjung mendapatkan rawatan kecantika,” katanya dengan penuh berkeyakinan untuk menjadi billionaire pada 2013.