Warga dR Group tonggak utama kejayaan syarikat

JITRA, 6 Mac – “Doktor berasa amat berbangga kerana mempunyai tenaga pekerja seperti warga dR Group (dRG),” kata Datuk Dr Che ROzmey Che Din (DDR).

Menurut DDR, dR Group (dRG) yang dulunya Herba Prima Marketing (HPM) sudah beroperasi selama empat tahun bermula 2006 hingga kini yang bertapak di Bandar Darulaman, Jitra telah menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan itu kini mempunyai tenaga pekerja seramai 300 orang.

“Doktor berbangga dengan warga dRG adalah sikap tanggungjawab yang ditunjukkan mereka membantu dRG mengorak langkah dengan lebih maju.

“Doktor juga amat berpuas hati dengan sikap kerajinan dan kredibiliti yang ditunjukkan oleh mereka semua serta berupaya menjadi tulang belakang dRG.

“Kesemua pekerja di dR Group (dRG) mempunyai sikap bertanggungjawab dan menjalankan tugasan yang diberikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat,” katanya.

Beliau berkata lagi, faktor kerjasama dan perkongsian idea serta pendapat amat  diperlukan di dalam sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu kerja yang baik.

“Jadi, doktor bersyukur kerana memiliki tenaga kerja yang berpotensi dan berharap agar tenaga kerjanya mengekalkan faktor-faktor tersebut untuk mengukuhkan lagi syarikat dRG,” ujarnya ketika ditemuramah dipejabat beliau.

 

 

Advertisements