dR Premier produk penapisan air untuk mendapatkan air yang lebih berkualiti

SATU lagi produk yang bakal menjadikan label dR Rozmey terkenal diseluruh negara iaitu produk dR Premier yang menemui pasaran Mac ini.

Produk sistem penulenan air ini adalah bertujuan untuk menaik tarafkan tahap kesihatan masyarakat supaya terhindar daripada pelbagai penyakit kronik yang mengakibatkan kematian.

Sistem penulenan air dR Premier ini juga direka khas dengan menggunakan sistem berteknologi canggih demi memastikan kandungan air yang terdapat di dalamnya berkualiti tinggi.

Dengan reka bentuk yang mesra pelanggan produk keluaran dR Group (dRG) ini memudahkan pengguna kerana ianya membolehkan penapis  dan membran (selaput) ditukar tanpa menggunakan sebarang peralatan, penapis boleh ditukar dengan hanya menggunakan butang.

Selain itu, penapis air dR Premier juga  memudahkan setiap penapis untuk berhubung antara satu sama lain, mengurangkan kesulitan dalam pemasangan dan sambungan tabung penapis.

Segala-galanya memudahkan pengguna dan tanpa sebarang kesulitan kesihatan tubuh badan dapat ditingkatkan serta dijaga dengan terurus.

Inilah penekanan yang amat dititik beratkan oleh pihak dR Group (dRG) dalam usaha untuk membantu khalayak umum supaya terhindar daripada penyakit yang buruk.

Berkonsepkan keprihatinan dan mudah segalanya sudah menjadi prosedur dR Group (dRG) untuk membantu golongan yang memerlukan pertolongan.

Disamping itu, usaha ini juga dilihat dapat memperluaskan empayar label dR Rozmey untuk lebih melangkah maju kehadapan dan mencipta pelbagai produk untuk mencegah penyakit berbahaya yang sering melanda negara ini.