DDR....dR Places tawar rangkaian pengiklanan

JITRA, 6 Mac – “Perkhidmatan ini adalah untuk semua ahli perniagaan yang berminat untuk mengembangkan bisnes yang mereka cipta,” ujar Datuk dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui.

Perkhidmatan yang dilancarkan oleh beliau menerusi dR Place sangat mengalu-alukan kedatangan pendatang ahli perniagaan yang baru mahupun lama.

Menurut DDR penubuhan pelan bisnes yang dicipta oleh beliau menerusi dR Places adalah bertujuan untuk menyediakan ruangan iklan demi membantu bangsa 1 Malaysia dalam usaha mengembangkan bisnes mereka.

“Penubuhan satu medan carian ini berfungsi untuk mempromosikan barangan serta produk yang dihasilkan oleh mereka sendiri serta memperoleh keuntungan lumayan,” katanya.

Beliau berkata lagi, penubuhan medan carian adalah berdasarkan label dR Rozmey yang semakin meningkat popularitinya menerusi fenomena-fenomena yang telah dihasilkan.

“Dengan cara yang mudah hanya mendaftar serta menambahkan iklan produk-produk yang mereka hasilkan segalanya akan terjawab dengan hasil pendapatan yang berlipat ganda.

“Jadi, sudah jelaslah bahawa penubuhan medan carian dR Places ini memudahkan mereka dan sekiranya berminat untuk berdaftar sila layari www.drplaces.com serta ciptalah kejayaan menerusi bisnes online,” ujar Presiden dR Group (dRG) itu.