DDR....raih pendapatan lumayan menerusi produk dR group

JITRA, 6 Mac – “Inilah yang dikatakan rezeki Allah S.W.T terhadap umatnya yang sentiasa berusaha untuk memperoleh kejayaan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui.

Kini ramai pengedar mampu memiliki kereta idaman selepas menjalankan bisnes bersama beliau menerusi produk keluaran dR Group (dRG) yang semakin mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.

Menurut beliau, pengedar yang setia menjalankan bisnes bersama-sama beliau kini sedang menikmati kejayaan dengan hasil penjualan produk keluaran dRG.

“Hal ini adalah kerana formulasi dR Rozmey terhadap produk-produk keluaran dRG memberikan keajaiban kepada pengguna terutamanya produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang kini popular dikalangan golongan obesiti,” katanya.

Katanya lagi, tambahan pula permintaan terhadap produk kini begitu tinggi kerana kepercayaan pengguna terhadap produk semakin meningkat menerusi testimoni yang diuar-uarkan kepada umum.

“Jelaslah terbukti bahawa produk yang dihasilkan doktor memberikan kesan positif tanpa mengundang sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.

“Jadi, inilah fenomena yang doktor cetuskan untuk kepentingan bersama bukan untuk merungkai masalah kesihatan sekaligus mengubah nasib seseorang untuk meraih kejayaan menerusi bisnes yang doktor perkenalkan,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.