DDR.....jujur dan ikhlas punca kejayaan beliau raih ganjaran

JITRA, 3 Mac – “Sifat kejujuran di dalam diri merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan individu dalam kehidupan dan organisasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dR Group (dRG) ketika ditemubual tadi.

Sifat ini merupakan pegangan utama Datuk Dr Che Rozmey dalam merencanakan bisnesnya untuk mencipta lebih kejayaan menerusi label dR Rozmey.

Menurut Encik Rizduan Ahmad, sifat kejujuran adalah asas penting yang perlu ada dalam diri sebelum individu itu melangkah dengan lebih jauh dalam menghasilkan pelbagai kejayaan yang dingini.

“Oleh itu, dengan memiliki dan mengekalkan di dalam diri individu mengenai sifat keperibadian iaitu kejujuran dapat meyakinkan pengguna terhadap pelbagai pekerjaan yang dilakukan,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan memiliki keperibadian yang mulia ini segala urusan yang dilakukan melibatkan pihak kedua mahupun ketiga akan dilakukan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang kesulitan dan kesan buruk terhadap diri sendiri mahupun organisasi.

“Selain itu, ianya juga membantu seseorang individu itu lebih berdisiplin dan melakukan sesuatu perbuatan itu dengan telus serta tidak bercanggah dengan mana-mana pendapat.

“Jadi, sifat sebegini seharusnya menjadi pegangan utama terhadap seseorang individu terutamanya golongan ahli perniagaan seperti doktor dan perlu dikekalkan bagi membantu mereka menempa kejayaan yang tidak ternilai harganya,” katanya lagi.