staff dR Group mengalu-alukan kedatangan pengguna

JITRA, 3 Mac – Syarikat dR Group (dRG) yang popular dengan produk pelangsingan badan iaitu Jus Mate 5 (JM5) kini semakin meningkat naik popularitinya di seluruh Malaysia.

Menurut Pengurus Besar dR Group (dRG) sejak mula beroperasi pada tahun 2006 dRG telah menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan yang hadir dan tidak pernah menghampakan mereka.

“Mereka yang ingin mendapatkan rawatan susulan selepas menggunakan produk JM5 mereka boleh mendapatkan rawatan di Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC) yang dilengkapi dengan pelbagai mesin berteknologi canggih bagi membantu mereka untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal,” katanya.

Beliau berkata lagi, jika pengedar-pengedar aktif inginkan produk-produk keluaran dRG mereka boleh mendapatkannya secara terus di kaunter dRG atau membuat panggilan untuk menempah produk-produk tersebut.

“Bukan itu sahaja malah pengguna baru atau lama juga boleh membuat tempahan melalui email dan ini memudahkan para pengguna untuk mendapatkan produk asli dari dRG.

“Dengan ada perkhidmatan ini segala urusan pelanggan dengan pihak pengurusan dRG akan menjadi mudah dan mengikut susunan yang teratur.

“Disamping itu, cara yang diperkenalkan oleh dRG terhadap perkhidmatan ini membolehkan pihak kami membanteras lanun cetak rompak yang semakin berleluasa kini,” ujarnya lagi.

Advertisements