Laman web dR Places kini mendapat sambutan menggalakkan

JITRA, 3 Mac – “Kami dR Places menawarkan perkhidmatan rangkaian pengiklanan yang mantap dan membuka peluang untuk pendatang baru ahli perniagaan sebagai dorongna untuk melakukan bisnes,” kata seorang staf Unit ICT semalam.

Penubuhan dR Places yang lebih sistematik itu adalah bertujuan memberikan peluang kepada khalayak untuk bergiat di dalam dunia perniagaan.

Menurut Anuar Rahman, 25, berbanding enjin carian media yang lain sistem penggunaan yang ditawarkan oleh dR Places mempunyai keunikan dan kelebihannya tersendiri.

“Ianya lebih memudahkan pengguna yang berdaftar untuk mempromosikan barangan ataupun produk yang dihasilkan oleh mereka sendiri untuk menembusi pasaran secara online,” katanya.

Pereka Web dan sistem itu berkata lagi, dengan penggunaan yang menjimatkan segala kos, masa dan idea ini membolehkan produk atau barangan yang ingin dipersembahkan itu lebih dikenali khalayak menerusi label yang menjadi kegilaan masyarakat kini iaitu dR Rozmey.

“Oleh itu, impak positif yang memberangsangkan menerusi label dR Rozmey terhadap pengiklananan akan memberikan keberkesanan yang mantap kerana label itu sudah dikenali ramai khalayak umum.

“Pendaftaran secara percuma untuk sesiapa yang berminat di laman web www.drplaces.com dalam usaha untuk mencipta kejayaan di dalam dunia perniagaan sekaligus memperoleh keuntungan belipat ganda.

“Segala maklumat terperinci mengenai pengurusan pengiklanan itu terdapat dilaman web tersebut dan dengan caranya yang mudah pengguna pengguna bakal memperoleh keistimewaannya,” ujarnya lagi ketika ditemui.