Produk dRII dapat sambutan menggalakkan

JITRA, 2 Mac – “Produk dRII yang dirumus khas melalui formulasi dR Rozmey mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna,” ujar Pengurus Besar dR Group (dRG) ketika ditemui pagi tadi.

Produk yang diformulasikan itu dikatakan satu produk yang ajaib kerana mampu menyelesaikan permasalahan kulit yang semakin menular hari ini.

Menurut Puan Rafidah Radzi, produk dRII mencatatkan keuntungan berganda mengatasi produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) berbanding bulan sebelumnya.

“Penyakit kulit yang semakin berleluasa hari ini menyebabkan permintaan yang begitu tinggi dari pengguna terhadap produk dRII semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata lagi, produk dRII yang dihasilkan dengan ramuan terpilih itu memberikan keberkesanan yang memberangsangkan sekiranya pengguna mengikuti kaedah penggunaan yang disarankan.

“Hasil jualan yang menjangkau puluhan ribu ringgit hanya dengan produk dRII sahaja menyebabkan tahap penjualan produk dR Rozmey meningkat dengan serta-merta.

“Jadi, setelah mengenalpasti bahawa produk dR Rozmey ini begitu mujarab pennguna memilihnya untuk dijadikan penawar penyakit kronik yang dihidapi pengguna.

“Disamping itu, bagi memastikan lanun cetak rompak tidak berleluasa pihak dR Group (dRG) akan membuat pembungkusan terbaru ang bakal dikeluarkan kelak dan mempertingkatkan lagi kualiti produk supaya pengguna lebih berkeyakinan untuk menggunakannya,” ujarnya lagi.