DDR....menjadi role model kepada masyrakat dalam dunia bisnes

JITRA, 1 Mac – “Setiap kali saya singgah mana-mana kedai kopi di Jitra, mesti topik dR Rozmey yang menjadi perbualan, “ ujar salah seorang pekerja syarikat swasta yang ditemui baru-baru ini.

Jamal Nasir, 43, yang berasal dari Alor Star agak terpegun mendengar perbualan orang ramai mengenai topik dR Rozmey yang menjadi isu hangat di Jitra.

“Disebabkan oleh perbualan mengenai kisah pemilik label dR Rozmey itu membuatkan saya untuk lebih mengetahui apa yang sebenarnya yang dilakukan oleh beliau yang membuatkan namanya menjadi sebutan.

“Setelah dirisik dan mengambil peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai beliau baru saya sedar bahawa beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya,” katanya.

Bapa kepada dua orang anak itu berkaa lagi, dia begitu teruja dengan cara bisnes yang dilakukan oleh Datuk Dr Che Rozmey menerusi produk kesihatan dan kecantikan sehingga memperoleh kejayaan seperti sekarang.

“Saya pada mulanya tidak percaya bahawa produk formulasinya itu mampu memberikan kesan yang memberangsangkan dan membolehkan masyarakat tampil dengan susuk tubuh seperti yang diinginkan.

“Namun segala-galanya berubah apabila mengetahui bahawa sepupu saya yang dulunya menghidap penyakit diabetes kini sembuh seperti sedia kala akibat daripada produk yang diformulasikan oleh beliau.

“Semenjak itulah saya lebih berkeyakinan bahawa produk keluaran label dR Rozmey adalah produk terbaik yang pernah ditemui dan juga menjadikan pengasasnya sebagai role model untuk mencipta lebih kejayaan,” ujarnya lagi.