DDR.....perluaskan bisnes menerusi produk terbaru dR Premier

JITRA, 1 Mac – “Ini adalah bisnes doktor, doktorharus lakukan yang terbaik demi memperkukuhkan label dR Rozmey untuk kebanggaan rakyat Malaysia,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika dihubungi tadi.

Beliau yang mencipta kejayaan menerusi produk formulasinya ingin sedang giat berusaha untuk memperluaskan empayar label dR Rozmey standing dengan label antarabangsa.

Presiden dR Group (dRG) itu berkata, sebaik sahaja beliau tiba ditanahair, beliau akan lancarkan produk keluaran terbaru dRG untuk menembusi pasaran.

“Sebelum doktor turun berjuang untuk memperkukuhkan bisnes yang doktor cipta berkesempatan doktor berada di tanah suci ini doktor mengambil peluang untuk memohon kepada Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan yang bakal dilakukan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, beliau begitu sayangkan bisnes yang beliau cipta kerana bukan mudah untuk seseorang memperolehi kejayaan sepertinya hari ini.

“Sekiranya masyarakat berada ditempat doktor berkemungkinan ucapan sebegini akan dibicarakan oleh mereka kerana sifat manusia yang sayangkan terhadap sesuatu adalah lumrah kehidupan.

“Jadi, sebagai seseorang yang bergelar ahli perniagaan doktor sentiasa akan merancang pelbagai strategi dan idea-idea kreatif untuk memajukan bisnes doktor,” ujarnya lagi.