DDR....produk terbaru keluaran dR Group Mac ini

JITRA, 28 Februari – “Produk terbaru yang telah dihasilkan dan uar-uarkan bakal menemui pengguna Mac ini,” ujar Ridzuan Ahmad ketika ditemui disini.

Usaha yang dilakukan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) untuk memasarkan produk terbaru keluaran dR Group (dRG) dilihat berbaloi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran itu berkata, selepas kejayaannya terhasil menerusi produk kesihatan dan kecantikan beliau begitu obses untuk menghasilkan pelbagai lagi kejayaan sekaligus membantu masyarakat menangani masalah kesihatan yang dihadapi.

“Saya percaya dengan kehadiran produk formulasi dR Rozmey yang berkualiti tinggi ini mampu memberikan keajaiban terhadap pengguna,” katanya.

Beliau berkata lagi, antara produk yang bakal dipasarkan pada Mac ini ialah produk dR Premier dan dR Slimming Suit yang direka khas untuk keperluan pengguna yang mementingkan kesihatan tubuh badan mereka.

“Produk dR Premier merupakan satu produk yang diformulasikan untuk memberikan tahap kebersihan air minuman seharian berada ditahap yang terhindar dari sebarang kuman mahupun anasir-anasir yang membolehkan kesihatan tubuh badan terganggu.

“Manakala produk dR Slimming Suit yang mempunyai rekaan khas diperbuat daripada hasil teknologi Infra Merah membolehkan pengguna untuk mendapatkan susuk tubuh menawan serta mempertingkatkan keyakinan diri di dalam kelompokj masyarakat,” ujarnya ketika ditemuramah.