DDR.....cipta label menerusi produk formulasinya sendiri

JITRA, 28 Februari – “Keterujaan doktor terhadap bisnes sudah sememangnya jelas dibuktikan menerusi usaha yang doktor lakukan kerana bisnes merupakan satu kepuasan yang akan dirasai oleh segelintir masyarakat,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika dihubungi semalam.

Kini beliau sudahpun menemui kejayaan di dalam perniagaan yang diceburi sejak beberapa tahun lalu menerusi produk kesihatan dan kecantikan hasil formulasinya tersendiri.

Menurut DDR, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya jika tiada usaha yang menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan sesebuah kejayaan.

“Perancangan strategi dalam usaha melakar kejayaan yang diingini perlulah dihasilkan dengan berganda sekiranya kita mahukan perolehan ganjaran yang besar seperti doctor kecapi sekarang,” katanya.

Beliau berkata lagi, Islam juga menunutut umatnya supaya menceburkan diri di dalam dunia perniagaan keran 90 peratus punca rezeki adalah hasil daripada perniagaan.

“Jadi sebagai seorang umat yang menuruti tuntutan ajaran yang di bawa doktor menceburi bidang perniagaan ini dan dilihat segala yang diusahakan membuahkan hasil yang lumayan.

“Selain itu, sesiapa sahaja yang bergiat di dalam dunia perniagaan bukan hanya mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi memperoleh pengajaran yang sememangnya bermakna di dalam kehidupan mereka.

“Di samping itu, doktor ingin menasihati mereka yang berkecimpung di dalam bidang ini agar tidak leka dan alpa terhadap Allah S.W.T dalam mengejar kekayaan yang diidamkan,” ujar Presiden dR Group itu lagi.