DDR...produk dRII terbaik untuk penyakit kulit

JITRA, 27 Februari – Penyakit kulit sememangnya sudah popular di Malaysia yang kebanyakkannya adalah dikalangan dikalangan kanak-kanak tetapi ianya dapat dirawat dengan menggunakan produk dRII iaitu produk kesihatan yang dihasilkan oleh dR Group (dRG).

Jadi dengan adanya dRII pengguna yang mengalami masalah kulit tidak perlu lagi risau dengan masalah yang dihadapi kerana pihak dRG telah menghasilkan produk yang begitu mujarab.

Menurut Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) produk kesihatan dRII adalah hasil revolusi baru yang menggabungkan astaxanthin, hydrolysed, marine colagen, I-Iysine dan serbuk estrak acerola yang dapat membantu menangani masalah penyakit kulit.

“Produk dRII juga dihasilkan unutk membolehkan kulit terlindung daripada kecerderaaan dan membantu mencegah sel-sel daripada rosak,” katanya.

Beliau berkata lagi, formulasi ajaib ini adalah hasil penyelidikan beliau beberapa tahun dahulu mengenai masalah penyakit kulit yang dihidapi oleh masyarakat kini.

“Pengguna yang mengalami masalah kulit yang kronik disarankan mengambil satu sachet dRII dan mengurangkan pengambilannya bergantung kepada kesan yang diperoleh.

“Sekiranya masalah kulit itu pulih seperti sedia kala pengguna boleh menghentikan pengambilan sachet tersebut tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan,” tambahnya lagi.