DDR......kesetiaan dan kejujuran aspek utama kejayaan

JITRA, 24 Februari – “Kejujuran dan kesetiaan adalah prinsip utama Datuk dR Che Rozmey Che Din (DDR) dalam memperjuangkan bisnesnya,” ujar Puan Rafidah Radzi ketika ditemui semalam.

Bukti jelas menunjukkan bahawa kedua sikap ini memberikan kejayaan yang diberkati oleh Allah S.W.T menerusi pelan bisnes yang beliau lancarkan.

Menurut Pengurus Besar dR Group (dRG) itu, sikap mulia yang ditunjukkan oleh DDR memberikan impak positif didalam bidang yang diceburi olehnya.

“Datuk Dr Rozmey merupakan seorang yang jujur dan telus dalam sesuatu perkara yang dilakukan menuruti strategi kreatif yang beliau lancarkan,” katanya.

Beliau berkata lagi, DDR tidak pernah menganiayai masyarakat mahupun warga kerjanya sendiri tetapi beliau mencipta sesuatu yang memberikan kepentingan bersama.

“Beliau juga seorang yang setia dalam melakukan sesuatu bisnes dan menumpukan sepenuh perhatian agar sasaran untuk melakar kejayaan yang dingini beliau menjadi kenyataan.

“Selain itu, bukan kesetiaan dan kejujuran hanya dilakukan untuk bisnes tetapi ianya perlu ditunjukkan kepada Allah S.W.T  supaya memperoleh keberkatan dan diredhai kerana Allah S.W.T adalah punca menentukan segala kejayaan,” ujarnya lagi yang memberitahu pihak media mengenai nasihat DDR.

Advertisements