DDR....luangkan masa bertemu Yang Esa sebelum pasarkan produk terbaru keluaran beliau

JITRA, 24 Februari – “Jika inginkan ketenangan setiap perbuatan yang mendorong kearah kebaikan itu mestilah perlu dilakukan dengan ikhlas,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika dihubungi semalam.

Beliau yang berlepas ke tanah suci sejak beberapa hari lalu terlalu gembira kerana selamat sampai ke destinasi yang ditujui untuk melakukan ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu, beliau berangkat ke tanah suci adalah bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sebelum pulang ke tanahair mencipta kejayaan yang dingini.

“Keikhlasan yang perlu menjadi pegangan dalam melakukan ibadah bakal memberikan ganjaran yang lumayan sekaligu segala urusan yang ingin dilakukan dipermudahkan oleh-Nya,” katanya lagi.

Beliau berkata lagi, walaupun beliau kini sibuk dalam mempersembahkan produk terbaru keluarannya terhadap masyarakat beliau tetap meluangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

“Tidak salah sekiranya meluangkan masa untuk melakukan ibadah kerana sesungguhnya Allah S.W.T lebih menyukai hamba yang selalu mengingati-Nya dan bakal dikurniakan anugerah yang tidak ternilai harganya jika hendak diperhitungkan dengan kekayaan didunia.

“Apa yang ddr perolehi hari ini adalah  hasil anugerah daripada Allah. Rasa syukur atas segala rahmat yang diberikan perlu diterjemahkan dengan rasa cinta dan kasih kepada Yang Maha Pencipta. Usah merasa rugi apabila kita meluangkan masa untuk mendekati-NYa,” katanya.