Pupuk kasih sayang anatara suami isteri

PASANGAN  suami isteri semestinya tidak dapat lari daripada permasalahan-permasalahan yang boleh mendatang kemudaratan kepada perhubungan kelak.

Namun setiap permasalahan itu seharusnya diselesaikan dengan cara yang baik dan penuh kasih sayang supaya ianya tidak berlarutan.

Islam menerangkan kepada umatnya khusus untuk wanita ataupun isteri bahawa syurga isteri adalah ditelapak kaki suami sekiranya tanggungjawab yang dituntut oleh Islam terhadap suami dilakukan dengan seikhlasnya.

Tidak susah untuk si isteri melangkah kesyurga hanya dengan mentaati si suaminya sudah cukup untuk memberikan kemanisan yang tidak terperi kelazatannya di alam akhirat.

Akan tetapi si isteri juga mudah mendapat tempat untuk ke neraka sekiranya si isteri tidak mentaati suami selagi suruhan dan ajaran yang ditunjukkan oleh suami tidak terpesong di dalam ajaran Islam.

Pelbagai peristiwa-peristiwa yang diceritakan di dalam Al-Qur’an dan hadis  mengenai kisah si isteri memperolehi ganjaran yang lumayan hanya dengan mentaati suaminya.

Kita sebagai umat yang hidup berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah perlu menjadikan ini sebagai panduan untuk meneruskan kehidupan seharian bagi mengelakkan perbuatan-perbuatan yang buruk terjadi terhadap perhubungan yang telah dibina.

Islam juga menggalakkan supaya pasangan suami isteri berkasih sayang demi memperkukuhkan hubungan diantara pasangan disulami dengan perbuatan yang disuruh Allah S.W.T supaya memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat.

Oleh itu, kepada seluruh golongan wanita yang mempercayai bahawa Allah S.W.T itu adalah berkuasa seharusnya kamu taat dan menghormati suami kamu kerana itulah ajaran yang dituntut oleh Allah dan sekiranya kamu ingkar dengan suruhan itu maka Allah sudah meletakkan balasan yang setimpal untuk kamu.