DDR....produk dR101 tingkatkan daya ingatan

JITRA, 23 Februari – Syarikat dR Group (dRG) telah menghasilkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan untuk membantu pengguna bagi menyelesaikan masalah yang telah menimpa terhadap diri mereka.

Jadi, jus dR101 telah dihasilkan untuk membantu pegguna yang menghadapi masalah kurang daya fikiran, pelupa, tidak fokus, dan minda yang lesu bagi meningkatkan kecergasan minda.

Presidennya Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, kandungan dR101 mengandungi banyak vitamin yang berfungsi untuk membantu kecergasan minda antaranya adalah vitamin B12, vitamin D, vitamin C, vitamin E serta gingko baloba.

“Gingko Baloba merupakan ramuan herba yang memberikan kesan yang positif dalam merawat masalah kurang daya ingatan dan membaik pulih daya ingatan dengan meningkatkan pengedaran darah di otak dan hipotalamus serta merawat masalah pening, ketidakseimbangan badan,  dan kemurungan,” ujarnya.

Katanya lagi, kelebihan Vitamin B12 membantu panghasilan DNA/RNA dan sel darah merah yang begitu penting dalam metabolisme saraf.

“Kandungan vitamin D berfungsi membantu pertumbuhan dan sintesis otak dalam meningkatkan fungsi otak yang bertindak secara langsung pada pusat pembelajaran, daya ingatan, tingkah laku dan pusat pergerakkan.

“Manakala vitamin C pula untuk menghalang kecederaan sel, menguatkan saluran darah dan mengawal tekanan darah yang bertindak sebagai anti-oksida dan Vitamin E berfungsi melindungi sel,” katanya yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.