DDR.....promosikan produk terbaru keluaran dR Group (dRG)

JITRA, 23 Februari – Label dR Rozmey sudah pasti ramai yang mengenali akibat daripada pencetusan fenomena luar biasa yang telah dilakukan melalui dunia perniagaan.

Pemiliknya Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) mengatur strategi tersendiri terhadap bisnes yang dilakukan oleh beliau dilihat berkembang dengan jayanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dR Group (dRG) Encik Rizduan Ahmad pelan bisne yang telah dicipta oleh Datuk Dr Rozmey adalah berdasarkan kreativitinya tersendiri.

“Beliau seseorang yang berfikiran terbuka dan memandang kehadapan untuk mencipta lebih kejayaan demi mencapai sasaran untuk menjadi salah seorang billionaire pada tahun 2013,” katanya.

Beliau berkata lagi, perjuangan yang ditunjukkan oleh pemilik label dR Rozmey ini begitu luar biasa berbanding ahli perniagaan lain.

“Datuk Dr Che Rozmey begitu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan bisnes yang diciptanya dalam usaha untuk melakar kejayaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kelak.

“Usahanya kini dapat dilihat menerusi produk keluaran terbaru beliau iaitu dR Slimming Suit dan dR Premier yang bakal menembusi pasaran Mac ini.

“Selain itu, label dR Rozmey juga turut diperkembangan di selatan tanahair menerusi penubuhan dR World Centre yang akan dibuka di Bandar Baru Bangi, Selangor,” ujarnya lagi ketika ditemui hari ini.