Tanggung derita penyakit kulit

JITRA, 22 Februari – Seorang warga emas yang kurang upaya (OKU) sanggup meunggang motosikal beroda tiga untuk mendapatkan maklumat mengenai produk kesihatan keluaran dR Group (dRG) petang semalam.

Bahari Osman, 57, yang berasal dari Padang Pusing, Kedah menunggang sejauh 40 kilometer semata-mata ingin mengetahui mengenai produk dRII yang telah diuar-uarkan oleh akhbar Kosmo! dan Harian Metro.

Menurut warga emas itu, dia yang menghidap penyakit kulit sejak lima tahun lalu menanggung penderitaan akibat kesan bancuhan simen ketika sedang bekerja sebagai tukang.

Lebih menyayat hati dia bukan sahaja mengalami masalah kulit tetapi mengalami lumpuh separuh badan akibat daripada hentakan kuat yang berlaku selepas terjatuh dari pokok.

Bahari Osman.......lumpuh separuh badan

“Peristiwa hitam itu berlaku ketika usia saya 29 tahun semasa sedang memanjat pokok untuk memungut hasil demi menampung kehidupan seharian.

“Namun Allah S.W.T masih menyayangi dan memelihara diri saya yang serba kekurangan ini untuk menjalani kehidupan walaupun tidak seperti insan lain,” katanya.

Bahari berkata lagi, masalah kulit yang menimpanya membuatkan dia tidak selesa meneruskan khidupan untuk mencari mata pencarian kerana keadaan penyakitnya yang begitu teruk.

“Saya pernah mencuba produk-produk lain untuk merawat penyakit kulit yang saya hadapi ini namun ianya seperti tidak berhasil malahan menjadi lebih teruk lagi.

“Jadi setelah terdengar mengenai kehebatan produk dRII ini daripada perbualan orang ramai saya terus bergegas ke sini (dRG) untuk lebih mengetahui dan melihat sendiri kemujarabannya.

“Tambahan pula kehebatannya ditunjukkan di dalam akhbar kerana melahirkan testimoni-testimoni yang Berjaya mengatasi masalah penyakit kulit seperti saya ini,” katanya.

Kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan olehnya mendapat perhatian pihak dRG dan menajanya dalam usaha merawat penyakit kulit yang ditanggung olehnya sebagai tanda penghargaan dari pihak dRG.