skuad olimpik ketika sesi latihan

RENTETAN peristiwa Piala Suzuki AFF yang baru sahaja berakhir beberapa bulan lalu menjadi buah mulut golongan bangsa 1 Malaysia tentang kehebatan skuad kebangsaan yang berjaya sekaligus menerima gelaran juara.

Ini merupakan suatu kebanggaan kepada rakyat Malaysia bahawa tentang semangat kesukanan yang ditunjukkan telah membuatkan Malaysia digeruni oleh pasukan bola sepak luar negara.

Oleh itu, impak positif ini menjadi pendorong terhadap skuad Olimpik untuk berjuang pada sesi kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di dalam acara bola sepak.

Skuad kendalian Ong Kim Swee ini akan menerima kunjungan pasukan Pakistan yang akan berlangsung pada keesokannya di Stadium Shah Alam.

Jurulatih skuad itu menasihatkan agar tidak leka dan memandang rendah terhadap pasukan lawan kerana berkemungkinan pasukan mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

Beliau yakin dengan kesebelasan utama yang dipertaruhkan bakal memberikan bekalan selesa sebelum mereka bertandang ke Stadium Bola Sepak Punjad di Lahore bagi perlawanan kedua pada 9 Mac ini.

Segala persiapan dari segi teknik latihan mahu pun kelengkapan yang sepatutnya sudah disiapkan dengan rapi bagi memudahkan dan melancarkan pertembungan hebat dari kedua-dua pasukan.

Walaubagaimanapun selamat berjuang diucapkan kepada Skuad Olimpik dalam meneruskan usaha untuk menjulang nama Malaysia supaya lebih digeruni oleh negara luar.

Kita sebagai golongan bangsa 1 Malaysia seharusnya sentiasa menyokong dan memberikan semangat sepenuhnya kepada Skuad Olimpik sekaligus mempertingkatkan prestasi sukan untuk negara.