Bayi yang tidak berdosa diperlaku seperti sampah

KISAH pembuangan bayi semakin berleluasa kini dan ianya sudah menjadi seperti bermusim kerana setiap tahun ianya juga menjadi rutin kehidupan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kes pembuangan bayi yang menjadi sejak beberapa tahun lalu mencatatkan peratusan yang begitu tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Moral dan budaya yang tidak beretika ini seharusnya perlu dielakkan supaya tidak terjebak dengan gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini.

Sedangkan haiwan pun tahu sayangkan anak-anaknya inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran yang dikurniakan Allah S.W.T untuk berfikir secara waras.

Bayi yang tidak mengenal erti dosa dan pahala dibuang serta dicampak seperti sampah menjadi mangsa perbuatan keji segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. Adakah itu yang dianggap berfikiran secara waras.

Kita sebagai manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian serta dikurniakan keistimewaan berbanding makhluk lain seharusnya memikirkan tentang perbuatan yang dilarang oleh Islam ini.

Kisah yang menyayat hati ini dikongsi oleh akhbar Harian Metro hari ini tentang penemuan mayat bayi di dalam beg plastik di Sungai Kayu Ara, petaling Jaya, Selangor petang semalam.

Bayi yang ditemui mati itu dijumpai ditebing sungai dalam keadaan berbungkus empat lapisan beg plastik yang berbau busuk dan dikerumuni lalat.

Sedarkah kita manusia yang lahir di dunia ini ingin merasai kehidupan seperti insane yang lain diperlakukan dengan sekejam ini.

Walaubagaimanapun sifat sebegini perlulah dibuang jauh dari pemikiran kita supaya prkara sebegini tidak akan berulang lagi dan sikap keprihatinan masyarakat mengenai permasalahan ini perlu dititikberatkan.

About these ads