Encik Rizduan Ahmad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pemasran dR Group (dRG)

JITRA, 21 Februari – “Keberangkatan beliau ke tanah suci demi mengerjakan umrah berjalan dengan lancar,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran dR Group (dRG) ketika ditemuramah hari ini.

Menurut Rizduan Ahmad, 37, beliau memberitahu kepada pihak wartawan sejurus mendapat panggilan daripada Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sebentar tadi.

“Beliau bersama anak sulongnya berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan umrah sebelum berusaha untuk menghasilkan kejayaan menerusi bisnes yang beliau lancarkan,” katanya.

Tambahnya lagi, keberangkatan beliau ke tanah suci selama dua minggu adalah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T memohon demi mempermudahkan segala urusan seperti yang dirancangkan.

“Selain itu, beliau menyatakan bahawa satu perkara dalam usaha menenangkan fikiran untuk melahirkan minda positif dalam menghasilkan pelbagai kreativiti serta strategi untuk melakar kejayaan sambil menunaikan ibadah.

“Disamping itu, memohon keberkatan Illahi bukanlah hanya untuk kepentingannya sahaja malahan seluruh warga dR Group (dRG) juga tidak dilupai.

“Namun sebelum berangkat ke Kuala Lumpur semalam pelbagai amanah telah dipertanggungjawabkan oleh beliau kepada saya untuk memastikan bahawa warga dRG bakal menjadi tenaga kerja yang mempunyai kualiti terhadap kerja yang ditugaskan,” katanya lagi.

Advertisements